1,500 Sukarelawan Indonesia Hadir Kempen Jokowi

April 7, 2019/0/0
Home / 1,500 Sukarelawan Indonesia Hadir Kempen Jokowi / Luar Negara / 1,500 Sukarelawan Indonesia Hadir Kempen Jokowi

KUALA LUMPUR, 7 April –  Kira-kira 1,500 sukarelawan Indonesia di negara ini, penyokong calon Presiden Joko Widodo diseru berusaha keras menjadikan Malaysia negara penyumbang “gol pertama” memenangkan Jokowi sebagai Presiden bagi penggal kedua dalam pilihan raya republik itu 14 April ini.

Seruan itu dibuat pasukan kempen Jokowi diketuai Sidarto Danusubroto dalam Program Temu Akhbar Relawan Malaysia.

Berucap di hadapan para sukarelawan terdiri daripada rakyat Indonesia yang bekerja dan tinggal di Malaysia, anggota pasukan itu meminta para sukarelawan bekerja keras memastikan kira-kira 1.2 juta pengundi yang mendaftar keluar mengundi memilih gandingan Jokowi dan calon Timbalan Presiden Ma’aruf Amin.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation