Daily Archives: April 7, 2019

Home / 1,500 Sukarelawan Indonesia Hadir Kempen Jokowi / Daily Archives: April 7, 2019

1,500 Sukarelawan Indonesia Hadir Kempen Jokowi

April 7, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 7 April –  Kira-kira 1,500 sukarelawan Indonesia di negara ini, penyokong calon Presiden Joko Widodo diseru berusaha keras menjadikan Malaysia negara penyumbang “gol pertama” memenangkan Jokowi sebagai Presiden bagi penggal kedua dalam pilihan raya republik itu 14 April ini. Seruan itu dibuat pasukan kempen Jokowi diketuai Sidarto Danusubroto dalam Program Temu Akhbar Relawan Malaysia. Berucap […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

Parti Erdogan Mahu Semua Undi Dikira Semula

April 7, 2019/0/0/

ISTANBUL, 7 April – Parti Presiden Recep Tayyip Erdogan (AKP) akan memohon kepada lembaga tertinggi pilihan raya supaya mengira semula semua undi dalam pilihan raya tempatan di Istanbul. Keputusan awal pilihan raya 31 Mac lalu memberikan kemenangan tipis kepada calon datuk bandar pembangkang Parti Republikan Rakyat (CHP) di Istanbul. AKP sudah merayu keputusan, ia membawa […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara

Zionis Jajah Tebing Barat Sepenuhnya

April 7, 2019/0/0/

TEL AVIV, 7 April – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘men­gambil langkah baharu’ dalam mencabul undang-undang antarabangsa apabila menyatakan ‘keinginan’ untuk menjajah Tebing Barat sepenuhnya jika beliau memenangi pilihan raya akan datang. Perdana Menteri Israel itu mengeluarkan kenyataan itu tiga hari sebelum pilihan raya Israel yang dijangka berlangsung pada 9 April ini dan beliau mengharapkan […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara , , ,

UNISZA Universiti Pertama Perkenal Sistem Daftar Aset Wakaf

April 7, 2019/0/0/

KUALA NERUS, 7 April – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi institusi pendidikan pertama di negara ini memperkenalkan sistem yang memudahkan pengurusan wakaf pendidikan. Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata Sistem Pendaftaran Aset Wakaf (SPA@Wakaf UniSZA) merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Lebih 90 Peratus Keracunan Berlaku Di Rumah

April 7, 2019/0/0/

GEORGE TOWN, 7 April – Kira-kira 93 peratus kes keracunan yang direkodkan di negara ini berlaku di rumah. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail statistik Pusat Racun Negara itu dicatatkan bagi tempoh 1993 hingga tahun lepas. Sehubungan itu kata beliau kementerian akan mempergiat kempen kesedaran mengenai keracunan […]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

Malaysia Antara Destinasi Pilihan Untuk Rawatan IVF

April 7, 2019/0/0/

ALOR SETAR, 7 April – Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Justeru, jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ini kerana kadar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Perlu Ikut SOP KPM Masuk Sekolah Kerajaan

April 7, 2019/0/0/

IPOH, 7 April – Kanak kanak  tanpa kerakyatan yang ingin belajar di sekolah kerajaan perlu mengikut operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM). Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pendidkan Teo Nie Ching kementerian itu menyambut baik usaha kerajaan Perak yang telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi membantu kanak kanak berkenaan mendapat  pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan. […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Lanjut Waktu Bekerja Industri Berkaitan TVET Untuk Buka Peluang Tingkat Kemahiran

April 7, 2019/0/0/

BUKIT MERTAJAM, 7 April – Kementerian Sumber Manusia mencadangkan supaya tempoh waktu bekerja bagi industri berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilanjutkan bagi memberi lebih peluang kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran. Menteri bertanggungjawab, M. Kula Segaran berkata pihaknya kini memberi galakan kepada semua TVET untuk membuka ruang supaya operasi dilanjutkan dari 5.30 petang ke 11 […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Timbalan Perdana Menteri Mahu Pertindihan (TVET) Perlu Diatasi

April 7, 2019/0/0/

IPOH, 7 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pertindihan melibatkan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) seperti sistem pendidikan berbeza mengikut kementerian perlu diatasi bagi memastikan ia dapat diperkasakan. Ujar beliau berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan TVET mengikut sistem pendidikan masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan; […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,