KUALA LUMPUR, 11 Nov – Penularan budaya Islamofobia adalah ancaman terbesar yang dihadapi oleh negara-negara Barat pada masa ini.
Justeru, dalam menangani situasi sedemikian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa umat Islam tidak hanya melihat sikap pengkritik, tetapi perlu mengkaji jika diri mereka menyumbang kepada persepsi Islamofobia masih berleluasa.
Selain itu, tegas tun Dr Mahathir Protes terhadap usaha pihak-pihak yang ingin menjatuhkan Islam boleh dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana Islam tidak diletakkan di dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang menggalakkan keganasan
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian siri kolokium antarabangsa mengenai kefahaman islam Demiystifying Islamophobia : Towards A Deeper Understand of Islam yang diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur
Dalam pada itu Perdana Menteri turut berkata umat Islam harus berusaha mendapatkan sokongan dunia dengan menonjolkan ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Palestin.
Ujar beliau tidak benar semua orang Eropah atau Amerika itu menentang Islam atau Muslim atau Palestin, kerana kebanyakan mereka sebenarnya bersimpati.
Pusat Media IKIM merupakan gabungan medium penyiaran dan digital Institut Kefahaman Islam Malaysia berinspirasikan usaha menyebarkan kefahaman Islam sebenar.