UNISZA Universiti Pertama Perkenal Sistem Daftar Aset Wakaf

April 7, 2019/0/0/

KUALA NERUS, 7 April – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi institusi pendidikan pertama di negara ini memperkenalkan sistem yang memudahkan pengurusan wakaf pendidikan. Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata Sistem Pendaftaran Aset Wakaf (SPA@Wakaf UniSZA) merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Lebih 90 Peratus Keracunan Berlaku Di Rumah

April 7, 2019/0/0/

GEORGE TOWN, 7 April – Kira-kira 93 peratus kes keracunan yang direkodkan di negara ini berlaku di rumah. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail statistik Pusat Racun Negara itu dicatatkan bagi tempoh 1993 hingga tahun lepas. Sehubungan itu kata beliau kementerian akan mempergiat kempen kesedaran mengenai keracunan […]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

Malaysia Antara Destinasi Pilihan Untuk Rawatan IVF

April 7, 2019/0/0/

ALOR SETAR, 7 April – Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Justeru, jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ini kerana kadar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Perlu Ikut SOP KPM Masuk Sekolah Kerajaan

April 7, 2019/0/0/

IPOH, 7 April – Kanak kanak  tanpa kerakyatan yang ingin belajar di sekolah kerajaan perlu mengikut operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM). Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pendidkan Teo Nie Ching kementerian itu menyambut baik usaha kerajaan Perak yang telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi membantu kanak kanak berkenaan mendapat  pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan. […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Lanjut Waktu Bekerja Industri Berkaitan TVET Untuk Buka Peluang Tingkat Kemahiran

April 7, 2019/0/0/

BUKIT MERTAJAM, 7 April – Kementerian Sumber Manusia mencadangkan supaya tempoh waktu bekerja bagi industri berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilanjutkan bagi memberi lebih peluang kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran. Menteri bertanggungjawab, M. Kula Segaran berkata pihaknya kini memberi galakan kepada semua TVET untuk membuka ruang supaya operasi dilanjutkan dari 5.30 petang ke 11 […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

Timbalan Perdana Menteri Mahu Pertindihan (TVET) Perlu Diatasi

April 7, 2019/0/0/

IPOH, 7 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pertindihan melibatkan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) seperti sistem pendidikan berbeza mengikut kementerian perlu diatasi bagi memastikan ia dapat diperkasakan. Ujar beliau berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan TVET mengikut sistem pendidikan masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan; […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,

IKIM Lancar 6 Karya Terbaharu

April 1, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 1 April - Berperanan dlam memupuk kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam selaras dengan gagasannya ‘Memahami Islam, Membina Peradaban’ Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada hari ini melancarkan enam karya baharu yang dihasilkan oleh para penyelidik IKIM. Antaranya Daging Kultur : Sejarah, Konsep & Hukum Islam ; Filantropi Islam & Wakaf [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

Pegawai Bomba Bagi Tahu Tidak Perlu Bedah Siasat, Kata Saksi Polis

April 1, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 1 April - Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu ada beberapa pegawai bomba memberitahunya, agar tidak perlu dijalankan proses bedah siasat ke atas mayat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, ASP Lew Keng Joe berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh beberapa pegawai bomba [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

Kerajaan Kaji Semula SOP Dalam Memberi Kewarganegaraan

April 1, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 1 April - Kerajaan akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berhubung proses pemberian kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian semula itu bertujuan mempercepatkan proses permohonan, tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau diminta mengulas mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

JAKIM Lulus 10,186 Sijil Halal Sehingga Mac Lepas

April 1, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 1 April - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu. Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun. Ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2019, di Kuala Lumpur [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,