Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Sempadan Iran-Iraq

April 1, 2019/0/0
Home / Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Sempadan Iran-Iraq / Luar Negara / Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Sempadan Iran-Iraq

TEHRAN, 1 April – Gempa bumi berkekuatan 5.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Kermanshah, Iran yang bersempadan dengan Iraq, namun tiada laporan kerosakan ataupun kematian diterima setakat ini.

AFP melaporkan bahawa gempa bumi itu menggegarkan kawasan yang baru saja dilanda bencana banjir mengakibatkan seluruh bandar terputus hubungan dan banyak perkampungan ditenggelami air.

Pusat seismologi kebangsaan berkata, pusat gempa dikesan 22 kilometer ke selatan bandar Sumar pada kedalaman 10 kilometer.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Navigation