JAKIM Lulus 10,186 Sijil Halal Sehingga Mac Lepas

April 1, 2019/0/0
Home / JAKIM Lulus 10,186 Sijil Halal Sehingga Mac Lepas / Berita / JAKIM Lulus 10,186 Sijil Halal Sehingga Mac Lepas

KUALA LUMPUR, 1 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu.

Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun.

Ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2019, di Kuala Lumpur beliau juga  berkata mulai 2016, JAKIMtelah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memastikan tempoh pemprosesan permohonan yang lebih singkat dalam usaha membantu pemain industri segera memperoleh sijil halal bagi mempromosikan produk mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation