Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Perlu Ikut SOP KPM Masuk Sekolah Kerajaan

April 7, 2019/0/0
Home / Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Perlu Ikut SOP KPM Masuk Sekolah Kerajaan / Berita / Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Perlu Ikut SOP KPM Masuk Sekolah Kerajaan

IPOH, 7 April – Kanak kanak  tanpa kerakyatan yang ingin belajar di sekolah kerajaan perlu mengikut operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pendidkan Teo Nie Ching kementerian itu menyambut baik usaha kerajaan Perak yang telah mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi membantu kanak kanak berkenaan mendapat  pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.

Beliau mengulas lanjut ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Pengerusi Jabatan Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini yang telah memulakan projek perintis bagi membantu kanak-kanak berkenaan ke sekolah kerajaan bermula di Gerik selain telah mewujudkan satu jawatankuasa.

Oleh itu, ujar Teo inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Perak berhubung perkara tersebut telah membantu KPM bagi mencapai matlamat ‘Pendidikan Untuk Semua’.

Kongsi Artikel ini :
Navigation