Kerajaan Kaji Semula SOP Dalam Memberi Kewarganegaraan

April 1, 2019/0/0
Home / Kerajaan Kaji Semula SOP Dalam Memberi Kewarganegaraan / Berita / Kerajaan Kaji Semula SOP Dalam Memberi Kewarganegaraan

KUALA LUMPUR, 1 April – Kerajaan akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berhubung proses pemberian kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian semula itu bertujuan mempercepatkan proses permohonan, tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau diminta mengulas mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan rakyat Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri.

Selain itu, ujar Tan Si Muhyiddin tidak semua kes sama dan kementerian perlu mengkaji setiap kes sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation