KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP

November 11, 2018/0/0
Home / KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP / Berita / KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP

MUAR, 11 November – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengiatkan usaha menarik lebih banyak universiti luar negara untuk membina kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh di Muar, Johor  selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikannya hab pendidikan serantau.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata setakat ini pihak Universiti Muhamadiyah Prof Dr Hamka dari Indonesia menyatakan minat mereka untuk membina cawangan universiti itu di kawasan berkenaan dan kursus yang akan ditawarkan menjurus kepada pengajian peringkat pasca siswazah.

Dr Maszlee turut berkata dalam pertemuan di Putrajaya,pada bulan Julai lepas, universiti itu meluahkan hasrat berhubung perkara itu, dan dalam lawatan bersama di HPTP pada hari ini, mereka memberi persetujuan untuk membuka kampusnya di Muar.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation