Lanjut Waktu Bekerja Industri Berkaitan TVET Untuk Buka Peluang Tingkat Kemahiran

April 7, 2019/0/0
Home / Lanjut Waktu Bekerja Industri Berkaitan TVET Untuk Buka Peluang Tingkat Kemahiran / Berita / Lanjut Waktu Bekerja Industri Berkaitan TVET Untuk Buka Peluang Tingkat Kemahiran

BUKIT MERTAJAM, 7 April – Kementerian Sumber Manusia mencadangkan supaya tempoh waktu bekerja bagi industri berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilanjutkan bagi memberi lebih peluang kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran.

Menteri bertanggungjawab, M. Kula Segaran berkata pihaknya kini memberi galakan kepada semua TVET untuk membuka ruang supaya operasi dilanjutkan dari 5.30 petang ke 11 malam bagi membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang berkaitan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan ‘Menggalakkan Hubungan Ekonomi Antara Jepun dan Malaysia’ daripada Menteri Luar Jepun kepada Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation