Lebih 90 Peratus Keracunan Berlaku Di Rumah

April 7, 2019/0/0
Home / Lebih 90 Peratus Keracunan Berlaku Di Rumah / Berita / Lebih 90 Peratus Keracunan Berlaku Di Rumah

GEORGE TOWN, 7 April – Kira-kira 93 peratus kes keracunan yang direkodkan di negara ini berlaku di rumah.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail statistik Pusat Racun Negara itu dicatatkan bagi tempoh 1993 hingga tahun lepas.

Sehubungan itu kata beliau kementerian akan mempergiat kempen kesedaran mengenai keracunan di rumah ke seluruh negara, melibatkan semua lapisan masyarakat.

Bercakap kepada pihak media selepas merasmikan Karnival Kediaman Selamat peringkat negeri Pulau Pinang di perkarangan Masjid Al-Huda, Sungai Ara di George Town,  Pulau Pinang Datuk Seri Saifuddin berkata beliau juga akan membincangkan isu tersebut dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam usaha menyebarluaskan kempen.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation