Malaysia Antara Destinasi Pilihan Untuk Rawatan IVF

April 7, 2019/0/0
Home / Malaysia Antara Destinasi Pilihan Untuk Rawatan IVF / Berita / Malaysia Antara Destinasi Pilihan Untuk Rawatan IVF

ALOR SETAR, 7 April – Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Justeru, jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ini kerana kadar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi bidang itu.

Bercakap kepada kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Unit Perubatan Reproduktif dan Tabung Uji di Hospital Sultanah Bahiyah di  Alor Setar,  Kedah  beliau berkata  terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji dalam sektor swasta dan empat di hospital-hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan berasaskan zon iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation