Projek Sakit Hab Halal Labuan Dipulih Semula

November 11, 2018/0/0
Home / Projek Sakit Hab Halal Labuan Dipulih Semula / Berita / Projek Sakit Hab Halal Labuan Dipulih Semula

LABUAN, 11 November – Projek hab halal Labuan bernilai RM86 juta ringgit  telah gagal mencapai matlamatnya namun akan dipulihkan semula bagi memastikan daya saingnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata pelan bagi tujuan itu tidak akan melibatkan pembiayaan kerajaan memandangkan pelabur baharu telah menunjukkan minat untuk melabur dalam pembangunan hab halal berkenaan.

Jelas beliau tiada sebarang aktiviti perniagaan dalam bidang halal dijalankan di kompleks itu walaupun sepatutnya ia menempatkan kilang pengeluaran produk halal.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation