JOHOR BHARU, 11 November – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) tidak akan menarik balik pemberian subsidi kepada golongan nelayan dan petani, biarpun terdapat pengurangan peruntukan terhadap kementerian itu dalam Belanjawan 2019.
Menterinya Datuk Salahuddin Ayub yang memberikan jaminan berkenaan berkata pihaknya sebaliknya hanya akan melaksanakan subsidi bersasar kepada golongan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak, menerima subsidi berkenaan.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita sama ada kerajaan akan menarik balik pemberian subsidi kepada nelayan dan petani berikutan pengurangan peruntukan dalam Belanjawan 2019 selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali bagi kawasan Parlimen Pulai di Taman Bukit Aliff di Johor Bharu.
Pusat Media IKIM merupakan gabungan medium penyiaran dan digital Institut Kefahaman Islam Malaysia berinspirasikan usaha menyebarkan kefahaman Islam sebenar.