Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Sempadan Iran-Iraq

April 1, 2019/0/0/

TEHRAN, 1 April - Gempa bumi berkekuatan 5.2 magnitud menggegarkan wilayah barat Kermanshah, Iran yang bersempadan dengan Iraq, namun tiada laporan kerosakan ataupun kematian diterima setakat ini. AFP melaporkan bahawa gempa bumi itu menggegarkan kawasan yang baru saja dilanda bencana banjir mengakibatkan seluruh bandar terputus hubungan dan banyak perkampungan ditenggelami air. Pusat seismologi kebangsaan berkata, [...]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara , ,

Iran Lancar Latihan Tentera Laut Di Perairan Sensitif

February 21, 2019/0/0/

TEHERAN, 21 Februari – Iran akan mengadakan eksesais tentera laut selama tiga hari bermula esok di kawasan perairan yang luas di Teluk dan Lautan Hindi termasuk di kawasan laluan perkapalan global yang sensitif. Latihan itu bertujuan menilai peralatan tentera laut, melancarkan senjata dan menyediakan tentera untuk pertempuran sebenar. Digelar ‘Velayat 97’, latihan itu melibatkan kapal […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara

Rakyat Iran Rai Ulang Tahun Ke-40 Revolusi Islam

February 11, 2019/0/0/

TEHRAN, 11 Februari – Ratusan ribu rakyat Iran berhimpun di seluruh negara pada Isnin bagi meraikan ulang tahun ke-40 kemenangan Revolusi Islam. Penduduk berhimpun sambil melaungkan slogan yang diselitkan dengan sentimen anti-Amerika Syarikat. Di ibu negara Tehran, orang ramai berhimpun di jalanan sambil melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel serta membawa gambar Ayatollah Ruhollah Khomeini, […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara

Iran Tingkat Perisikan Siber Susulan Sekatan EU

January 28, 2019/0/0/

BRUSSELS, 28 Januari – Iran kemungkinan meluaskan aktiviti perisikan sibernya ketika hubungannya dengan kuasa Barat bertambah buruk, kata agensi keselamatan digital Kesatuan Eropah (EU) semalam. Laporan Khas Reuters diterbitkan November lalu mendapati, penggodam Iran menjadi dalang beberapa serangan siber dan kempen salah maklumat dalam talian sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu cuba mengukuhkan pengaruhnya. […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

30 cedera gempa bumi di Iran

January 6, 2019/0/0/

DUBAI, 6 Januari – Gempa bumi 5.5 magnitud melanda barat Iran berhampiran sempadan Iraq,  sehingga mengakibatkan kira-kira 33 mangsa cedera. Pada mulanya, Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan magnitud gempa bumi itu 5.9, namun kemudian menyemak semula kekuatan gempa kepada 5.5 magnitud. Katanya, gempa bumi itu berlaku di kawasan Gilan Gharb di wilayah Kermanshah. Jurucakap […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

Pegawai Kementerian Luar Iran Dipenjara

November 11, 2018/0/0/

DUBAI, 11 November – Seorang kakitangan Kementerian Luar Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selepas mahkamah mendapatinya bersalah kerana bertugas sebagai perisik, kata jurucakap badan kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejei. Pada Ogos lalu, Menteri Perisikan, Mahmoud Alavi, berkata pasukan keselamatan Iran menahan puluhan individu yang didakwa bertugas sebagai perisik di dalam pelbagai agensi kerajaan. Laman web […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

Sekatan Iran: Jerman Sertai China Kecam Amerika Syarikat

November 7, 2018/0/0/

BERLIN, 7 November – Jerman menyertai China dalam mengecam Amerika Syarikat berhubung tindakan negara itu melaksanakan semula sekatan ke atas Iran. Menteri Luar Jerman Heiko Maas menyifatkan ia satu tindakan yang salah dan menekankan supaya Jerman mempertimbangkan satu perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai perkara itu. Sehingga kini, Jerman dan blok Eropah komited terhadap Perjanjian […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara , , ,

Petugas Kedutaan Iran Di Turki Dipindahkan Susulan Ancaman Bom

October 15, 2018/0/0/

ANKARA, 15 Oktober – Petugas kedutaan Iran di Ankara telah dipindahkan pada Isnin selepas pasukan keselamatan Turki menerima maklumat mengenai kemungkinan terdapat ancaman bom bunuh diri. Selepas menerima amaran itu, polis Turki membawa keluar Duta Iran Mohammad Ebrahim Taherian Fard dan menutup jalan di mana kedutaan itu berada. Polis antirusuhan bersenjata tiba di lokasi kejadian dan […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

Juruterbang Maut, Jet F-5 Terhempas Di Iran

August 26, 2018/0/0/

TEHERAN, 26 Ogos – Seorang juruterbang maut apabila jet pejuang F-5 milik Iran yang dikendalikannya terhempas di selatan negara itu. Agensi berita IRNA melaporkan bahawa  pesawat dalam latihan itu terhempas ketika cuba mendarat di Dezful di barat daya wilayah Khuzestan. Juruterbangnya terbunuh namun pembantu juruterbang selamat dan dirawat ke hospital. Setakat ini punca kemalangan masih […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,

Menteri Iran Disingkir

August 26, 2018/0/0/

TEHRAN, 26 Ogos – Parlimen Iran mengundi untuk menyingkirkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan, Masoud Karbasian dari kementerian itu, hari ini, kata media awam ketika negara itu menyaksikan kejatuhan mendadak mata wang rial dan kemerosotan ekonomi. Media awam melaporkan, sebanyak 137 anggota parlimen mengundi penyingkiran Karbasian sementara 121 undi pula memihak kepada beliau untuk […]

Kongsi Artikel ini :
Luar Negara ,