Tag: jakim

JAKIM Lulus 10,186 Sijil Halal Sehingga Mac Lepas

April 1, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 1 April - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu. Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun. Ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2019, di Kuala Lumpur [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

JAKIM Tubuh Unit Pantau Penghinaan Terhadap Nabi, Islam

March 7, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 7 Mac  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan […]

Kongsi Artikel ini :
Dalam Negeri , , , ,

KUIM-JAKIM Jalin Kerjasama Strategik

February 17, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 17 Februari – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bakal mengorak langkah dalam memperluas kerjasama pintar dengan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Naib Canselor KUIM, Prof. Dr. Md. Radzai Said berkata kerjasama akademik ini bertujuan untuk memberikan penekanan berkaitan skop kerjasama yang boleh dilaksanakan dan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah […]

Kongsi Artikel ini :
Dalam Negeri ,

Pentadbiran Islam Perlu Sentiasa Ditambahbaik

January 29, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Pentadbiran Islam perlu menterjemahkan satu pentadbiran yang ramah, menyantuni serta pentadbiran yang inklusif dan memiliki ciri-ciri yang progresif. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berharap agar tiga wawasan dan prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang telah disusun sebagai sebagai agenda reform yang progresif iaitu Rahmatan […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri , , ,

Restoran Vietnam Guna Logo Halal Palsu

January 28, 2019/0/0/

KUANTAN, 28 Januari – Sebuah premis makanan Vietnam di Kuantan Pahang  berhadapan denda sebanyak RM250,000 kerana menyalahgunakan logo halal pada premis dan pembungkusan produk mereka. Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata tindakan itu dikenakan berikutan ini kali kedua kedai itu mengulangi kesalahan mempamerkan logo […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri , , ,

JAKIM Perlu Wajibkan Pengusaha Restoran Ada Sijil Halal Sebelum Beroperasi

January 7, 2019/0/0/

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mewajibkan semua pengusaha premis makanan halal mendapatkan sijil pengesahan halal bagi kemudahan pelanggan Islam. Sehubungan itu, jelas Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (Permas) Ayob Abd Majid  syarat itu perlu bagi semua premis termasuk restoran, warung dan ‘food truck’ sama ada yang sedang beroperasi atau ingin memulakan perniagaan.​​​​​​ Langkah itu  […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri ,

99.9 Peratus 220,011 Calon Upkk Lulus Amali Solat Dan PCHI

December 18, 2018/0/0/

PUTRAJAYA, 18 Disember – Sebanyak 99.9 peratus daripada 220,011 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) lulus dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI). Dalam sidang akhbar pengumuman UPKK 2018 di Putrajaya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Nordin Ibrahim berkata, pencapaian itu sekaligus menunjukkan bahawa kejayaan […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri , , , ,

Kerajaan Cadang Wujud Majlis Tahfiz Negara Tahun Depan

November 29, 2018/0/0/

KUALA LUMPUR, 28 November – Kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara awal tahun depan dalam usaha menyelaras sekolah-sekolah tahfiz swasta yang merupakan teras kepada pendidikan tahfiz negara. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata dengan adanya majlis itu, kerajaan dapat menambahbaik institusi tahfiz berdasarkan lima teras utama. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan dasar membangunkan pusat tahfiz dengan menambahbaik pusat pengajian itu. Bagi menjamin keselamatan di tahfiz pula, ujar Fuziah pihak Jakim […]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

Sistem Jaminan Halal Malaysia Mampu Pacu Standard Halal Di Malaysia

November 22, 2018/0/0/

KUALA LUMPUR, 22 November – Masyarakat Islam di Malaysia amat prihatin dengan makanan halal. Malaysia telah jauh memacu era piawaian makanan halal di dunia. Pelbagai usaha dilakukan bagi menentukan standard halal di Malaysia. Sehubungan itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem Jaminan […]

Kongsi Artikel ini :
Berita , ,

Penutupan Sementara Ruang Solat Utama Masjid Negara Kuala Lumpur

November 8, 2018/0/0/

PUTRAJAYA, 8 November – Dewan Solat Utama Masjid Negara di Kuala Lumpur bakal ditutup bermula dari 3 November sehingga 13 Disember ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) penutupan itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja membaikpulih, mengecat dan pendawaian elektrik di dewan solat  utama tersebut. Sebagai alternatif, bahagian sayap […]

Kongsi Artikel ini :
Berita ,