Tag: Muhammad Adib Mohd Kassim

Pegawai Bomba Bagi Tahu Tidak Perlu Bedah Siasat, Kata Saksi Polis

April 1, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 1 April - Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu ada beberapa pegawai bomba memberitahunya, agar tidak perlu dijalankan proses bedah siasat ke atas mayat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, ASP Lew Keng Joe berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh beberapa pegawai bomba [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

Tiada Kesan Adib Ditarik Keluar Secara Paksa

March 26, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 26 Mac - Seorang pakar perubatan forensik berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa daripada van bomba dinaikinya dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas. Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur berkata [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

Arwah Meracau Pada Malam Kejadian Semasa Di IJN

March 21, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 21 Mac - Bapa anggota bomba, arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa anaknya  meracau semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara  (IJN) selepas kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 Nov lepas. Mohd Kassim, 64, seorang petani berkata seorang [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

FRU Terima Arahan ‘Standby’ Daripada

March 20, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 20 Mac - Mahkamah Koroner di Shah Alam Selangor  diberitahu  bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menyuraikan perusuh dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November lepas kerana pasukan itu mendapat  arahan untuk bersiap sedia sahaja. Pegawai Penjaga Unit 1A FRU, ASP Shuhaimi Yaakub berkata mengikut prosedur operasi standard (SOP), FRU [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita , , ,

Inkues Adib: Saksi Kata Mangsa Dihimpit Van EMRS

March 19, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 19 Mac - Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyaksikan perkembangan terbaharu, apabila seorang saksi warga Pakistan berkata anggota bomba itu jatuh selepas dihimpit van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki oleh Allahyarham dan sebuah kereta. Budd Mohsin, 24, berkata mangsa jatuh terlentang selepas dihimpit pada insiden [...]

Kongsi Artikel ini :
Berita

Zuraida Hadir Prosiding Inkues

February 18, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 18 Februari – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hadir ke Mahkamah Koroner di sini hari ini untuk mendengar prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau dilihat mengikuti perkembangan prosiding inkues itu yang bermula 10.30 pagi di ruang galeri mahkamah berkenaan. Zuraida kemudian meninggalkan mahkamah […]

Kongsi Artikel ini :
Dalam Negeri ,

Adib dilihat duduk menunduk peluk tubuh tahan sakit

February 13, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 13 Februari – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim digambarkan mengalami cedera parah apabila dilihat duduk dengan kaki dilunjur ke arah jalan, kepalanya menunduk manakala tangannya memeluk tubuh seperti menahan kesakitan. Saksi awam, Amirrul Adli M Yussli, 26, berkata walaupun memandang Muhammad Adib Mohd Kassim sekilas, beliau percaya bahawa individu itu adalah seorang […]

Kongsi Artikel ini :
Dalam Negeri

Adib Berada Dalam Van EMRS Ketika Jentera Undur

February 11, 2019/0/0/

SHAH ALAM, 11 Februari – Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu bahawa Allahyarham berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) berundur apabila diserang sekumpulan orang awam. Pegawai ‘medic’ yang juga pemandu van EMRS, Ahmad Shahrill Othman berkata ketika FRT […]

Kongsi Artikel ini :
Dalam Negeri ,

Jenazah Adib selamat dikebumikan

December 18, 2018/0/0/

ALOR SETAR, 18 Disember – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah. Jenazah Allahyarham Muhammad Adib selesai dikebumikan pada pukul 1.50 petang dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk yang memberikan penghormatan terakhir. Terdahulu jenazah yang tiba […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri ,

Anggota Bomba Muhammad Adib Meninggal Dunia

December 18, 2018/0/0/

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan disebuah kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi. Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN yang terletak di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab […]

Kongsi Artikel ini :
Berita, Dalam Negeri ,