Tentera Israel ‘Giat’ Tahan Kanak-Kanak Palestin

April 1, 2019/0/0
Home / Tentera Israel ‘Giat’ Tahan Kanak-Kanak Palestin / Luar Negara / Tentera Israel ‘Giat’ Tahan Kanak-Kanak Palestin

RAMALLAH, 1 April – Tentera rejim Zionis dilapor semakin ‘buas’ menahan kanak-kanak Palestin berusia bawah umur 12 tahun di Tebing Barat dan pemandangan itu sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini.

CNN melaporkan bahawa  rejim Zio­nis tanpa rasa bersalah menyerbu sekolah Palestin sehingga mengakibatkan kanak-kanak terjejas mengalami kesukaran di sekolah dan berisiko tercicir pelajaran mereka.

Agensi berita itu turut melaporkan bahawa  had umur minimum untuk membolehkan seseorang individu itu ditahan kerana melakukan jenayah di Israel adalah 12 tahun, namun bagi penduduk Palestin, undang-undang itu hanya sekadar hiasan.

Sementara itu, tindakan tentera Israel menahan kanak-kanak Palestin mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia yang menyifatkan perkara itu sebagai melangkaui batas dan boleh mendatangkan trauma kepada golongan tersebut.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Navigation