Timbalan Perdana Menteri Mahu Pertindihan (TVET) Perlu Diatasi

April 7, 2019/0/0
Home / Timbalan Perdana Menteri Mahu Pertindihan (TVET) Perlu Diatasi / Berita / Timbalan Perdana Menteri Mahu Pertindihan (TVET) Perlu Diatasi

IPOH, 7 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pertindihan melibatkan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) seperti sistem pendidikan berbeza mengikut kementerian perlu diatasi bagi memastikan ia dapat diperkasakan.

Ujar beliau berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan TVET mengikut sistem pendidikan masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah menyatakan perkara itu  ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di  Ipoh, Perak.

Mengulas  lanjut, timbalan perdana menteri turut berkata Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang diumum penubuhannya oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Nov lepas diharap dapat memberi impak positif dalam menangani isu pertindihan itu.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Navigation