KUALA NERUS, 7 April – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi institusi pendidikan pertama di negara ini memperkenalkan sistem yang memudahkan pengurusan wakaf pendidikan.
Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata Sistem Pendaftaran Aset Wakaf (SPA@Wakaf UniSZA) merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.
Sementara itu, Pengarah Pusat Waqaf & Endowmen UniSZA Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata sistem yang mula beroperasi Khamis lepas itu mampu ‘menjejak’ semua harta yang diwakafkan oleh penyumbang kepada UniSZA untuk dipastikan kewujudan dan kebolehfungsiannya.
Pusat Media IKIM merupakan gabungan medium penyiaran dan digital Institut Kefahaman Islam Malaysia berinspirasikan usaha menyebarkan kefahaman Islam sebenar.