Zionis Jajah Tebing Barat Sepenuhnya

April 7, 2019/0/0
Home / Zionis Jajah Tebing Barat Sepenuhnya / Luar Negara / Zionis Jajah Tebing Barat Sepenuhnya

TEL AVIV, 7 April – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘men­gambil langkah baharu’ dalam mencabul undang-undang antarabangsa apabila menyatakan ‘keinginan’ untuk menjajah Tebing Barat sepenuhnya jika beliau memenangi pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Israel itu mengeluarkan kenyataan itu tiga hari sebelum pilihan raya Israel yang dijangka berlangsung pada 9 April ini dan beliau mengharapkan penduduk akan memilihnya untuk menjadi Perdana Menteri Israel sekali lagi.

Dalam pada itu, Nabil Abu Rudeineh yang juga jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan ranca­ngan Netanyahu itu tidak akan ‘memberi kesan’ terhadap pembinaan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang kini dianggarkan mempunyai seba­nyak 400,000 unit kediaman.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Navigation